Saturday, 19 October 2013

Semut


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Berdasarkan pengetahuan individu, semut merupakan salah seekor serangga yang kecil tetapi bergantung kepada spesisnya. Semut juga merupakan seekor serangga yang err, entahlah. Jom google bersama!

Semut adalah semua serangga anggota suku Formicidaebangsa Hymenoptera. Semut memiliki lebih dari 12.000 jenis (spesies). Haa ni diaa jawapan daripada wikipedia. Wikipedia ni boleh digunakan sebagai rujukan tetapi jangan gunanya untuk buat assignment. *mcm penah je* hehe. Aku pun tak tahu suku apa tu Formicidae, bangsa apakah itu Hymenoptera, google lah sendiri untuk informasi selanjutnya sebab bukan tu yang aku fokuskan. Aku cuma nak kaitkan beberapa sifat semut dalam diri manusia. Sudah semestinya banyak buruk dan ada baiknya. 

Kita mulakan dengan yang buruk dululah memandangkan aku teramatlah tak berapa nak sukakan serangga dari bangsa Hymenoptera ni. 

Berdasarkan kajian yang aku buat dalam keadaan marah dikala makananku dirampas oleh semut, salah satu sifat buruk semut ialah suka akan benda yang manis. Mereka tak peduli apakah benda tu, asalkan manis mereka akan baham. Kencing manis lain cerita naa! Sebagai contoh, jika anda tinggalkan gula dalam keadaan terbuka, maka ia akan menjadi seperti syurga bagi serangga yang beranggotakan suku Formicidae ini. Tak boleh nak salahkan semut juga, ini dah jadi sifat semulajadinya. Allah dah ciptakannya begitu. Jom kita fikir secara positif, mungkin dengan kehadiran semut ni dapat menguji kesabaran kita, yelah, tengah lapar ni. Masak bagai nak rak tetiba keluar bilik air lepas mandi, dah punah ranah makanan tu. Untuk kaitkan dengan manusia amat senang, sebagai manusia janganlah kita mengambil hak orang lain sesuka hati kerana perbuatan itu sangat keji pada pandangan orang. *ayat pengajaran BM tu haha*. 

Semut juga merupakan salah satu serangga yang tak berapa nak bijak, sebenarnya terlalu bodoh bagi aku. Semut juga merupakan serangga yang tak penah belajar dari masa silam dan seekor serangga yang amat degil. Bukan degil bijak, tapi degil bajet power. Hey cuba tanya diri korang, dah berapa kali korang tengok semut 'berenang' dalam minuman korang. Masuk dalam minuman lepas tu mampus macam tu je, yang lain yang masih hidup tu tak penah belajar daripada kesilapan rakannya itu. Dah tahu kalau masuk dalam air tu akan membunuh, janganlah buat lagi. Aku tulis ni bukan untuk semut sbb diorg tak boleh baca, nak kaitkan dengan manusia, belajarlah dari kesilapan orang lain. Ni orang lain dah buat, kau nak buat jugak. Tak tahu sama ada benda tu salah ke betul . 

*Laptop aku tak manis, dah try jilat (tipu), tapi tetap ada semut* ontah lah den

Betapa buruknya semut, namun tetap ada kebaikannya. Hey kalau korang semua perasan, dalam ekor (diri) semut ni penuh dengan semangat bekerjasama. Semut tak pegi sekor-sekor untuk ambik makanan, mereka akan share dengan rakan-rakan. Haa baiknya semut :D *not really, maybe sbb tak larat angkat sekor-sekor kot* (negativenya). So nak kaitkan dengan manusia, perghh tulis ayat pengajaran lagi. Sebagai manusia kita haruslah bekerjasama dalam apa jua yang kita lakukan. Maybe not all. 

Sekian

No comments:

Post a Comment