Sunday, 29 September 2013

Masuk universiti, memang kena lah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Saja nak share satu benda di mana kalau anda student universiti, memang anda akan kena layan dua benda ni. 

well, actually bukan budak universiti je, asalkan anda student, memang anda akan kena layan dua benda ni. 

salah satu antara dua benda ni ok jer kalau nak dilayan. Tapi masalahnya dengan benda ni, dia tak tahu malu, dah lah datang rumah orang pastu kadang-kadang bawak kawan-kawan dia pulak datang sekali dengan dia. Kalau sorang dua takpa lagi, ni haaaii~! Ramai tak terkira. Sakit hati! Dah orang halau, taknak pulak pegi. Paksa orang layan dia ni, kononnya ni arahan majikan dia. Kalau tak layan habis kita pulak. 

Tapi yang lebih sakit hati, kadang-kadang yang datang banyak sangat cacat celanya, banyak pulak kerenahnya. Ibarat kita hidup ni untuk dia jer. Kadang-kadang jenis yang over sangat, siap suruh kita perkenalkan dia kat public, weh aku pun tak femes hang nak suruh aku femeskan hang pulak. puiii! Tapi macam aku kata tadi lah, kalau tak buat, celaka padahnya, peritnya kita jugak yang dapat. In a conclusion, we need to treat this benda! Urghhh!

Dah siap layan benda tadi, datang pulak benda kedua. Benda kedua ni selalunya datang di penghujung semester lah. Aii ingatkan dah selesai dengan benda pertama tadi, dah boleh rileks. Tapi *ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang*. Tapi oke lah, benda kedua ni tak banyak kerenah sangat. Kadang-kadang memanglah datang dengan kawan-kawan dia sekali, tapi dia ni pandai sikit. Contohnya kalau dia datang hari Isnin, dia suruh kawan dia datang hari Selasa dan begitulah seterusnya. Kononnya taknak bebankan kita lah. *kononnya* tapi sama jugak, kalau kita tak layan dia, kita jugak yang dapat padahnya. 

So selalunya students dapat teka lah apa benda satu dan benda kedua tu. 

But if we're always ready for these things, kerenah diorang, ngade-ngade diorg tu is nothing for us. :D

*Dah kalau mu bising duk merungut tak payah jadi student lah wehh* - kata-kata khas untuk diri sendiri. 

Saturday, 28 September 2013

Student di hujung semester (hiraukan final exam)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adakah anda seorang student universiti? penghuni asrama? Atau dengan kata lain anda tak tinggal bersama ibu bapa anda? (dgn syarat anda seorang student)

Kalau ye, yeah anda mungkin termasuk dlm golongan ini.

Ramai orang duk cerita, student pada awal semester. Hidup diorang mewah. Mewah kawkaw lah, makan tak ingat ada pinggan. Main melantak ja. Memang tak boleh nak dinafikan. Makan, sapa tak suka? Go and consult a doctor if you don't because there is might be something wrong with your body system. And it might be dangerous to your life too. :D

Tapi masalah yang wujud ialah jarang sangat student yang boleh jimat cermat, selalu fikir pasal ekonomi. Pegi kedai "nasi bujang air kosong". Jarang atau takde langsung kot . Tapi kalau ada golongan mcm ni, they deserve to be respected lah sebab kau boleh buat? Aku memang tak lah! *jujur baq hang*

Sekarang aku dah dekat final exam, sebenarnya terlalu dekat. Dengan kata lain, esok dah final exam. huks. Tapi kat sini aku taknak cakap lah pasal final exam sebab tak kira lah mu ada duit ke takde ke mu tetap kena masuk exam. *kalau tak bayar yuran tu lain cerita* kat sini aku nak cakap pasal kehidupan student di hujung semester.

Macam aku cakap kat atas tuh, hidup diorang ni berubah. Awal-awal hidup mewah sebab yelah, duit parents bagi, ptptn bagi. Tapi dah lama2 tuh, haa mulalah nak habis duit tuh. Nak mintak kat parents boleh, tapi kalau dah tiap2 minggu mintak ateee sogan jugok lah teman. Atee kome dak sogan? hehe.

Aku ada satu cerita lah tentang kawan aku ni, dia ni hidup mewah di awal sem. 5 hari sebelum habis semester, duit dia tinggal 32 hinggit jak. Nasib baik dah beli tiket untuk balik kampung. Ni kali pertama dalam hidupnya terjadi mcm ni bak katanya lah. Cuba bayangkan, can we survive if we have only around RM30 in 5 days? Dengan harga makanan sekarang ni bukan main lagi. Boleh kah? Jadi aku bukan nak suruh korang semua bagi bantuan kat mamat tu dengan masukkan duit dlm akaun aku, tapi aku nak bagitau dalam keadaan darurat macam ni, haa barulah kita pandai buat rancangan kehidupan.

Jelaslah, dia boleh hidup dengan aman dengan hanya 30 hinggit dalam masa 5 hari. 30 hinggit tu termasuk duit minyak moto duit makan minum. Futsal je dia tak main. Tapi dengan rancangannya yang mantap, sihat je budak tu. Kalau korang dapat teka, apa yang aku nak tonjolkan ialah untuk seseorang student tu berjimat, mereka kena pretend yang mereka selalu takde duit. Memang susah nak pretend macam tu tapi boleh je kalau nak buat kalau ada keinginan. Bila dah takde duit, barulah kita dapat fikir tentang "kehidupan yang sebenar". Kalau tak, duit tu memang duit je lah bagi kita :)

p/s: kalau ada terjumpa syiling dan takde orang tutup, ambiklah. Anda takkan menyesal :D


Thursday, 19 September 2013

Wednesday, 18 September 2013

Kedai Cina atau Kedai Melayu?

Assalamualaikum, Selamat sejahtera dan Salam 19 September.

Harga barang naik. Gula naik, tepung naik dan yang terbaru ni minyak naik. Jadi apa lagi, ramailah orang bising. Sapa nak habiskan duit untuk sesuatu yang kita boleh dapatkan dengan harga yang murah kan?Tapi benda yang aku nak tulis ni takde kaitan sangat pun dengan harga barang naik ni. Just very simple, kedai cina vs kedai melayu?

Ding ding ding!

Tempat korang macam mana? I mean tempat duduk korang ada tak kedai-kedai cina dan melayu? Nak mudahkan cerita macam ni lah, kedai runcit cina dgn kedai runcit melayu? Apa beza antara keduanya?

Aku tak tahu lah macam mana kat tempat korang kan sebab yelah, aku bukan wujud pun dalam hidup korang *forever alone giler ayat* tapi based on my situation, tempat aku ni ada kedai runcit cina dgn kedai runcit melayu. Haa aku kalau time-time tengah malam mulalah keluar. Dahaga, kat rumah takde air so pegi lah beli air.

Haa benda yang paling banyak aku beli kat kedai cina tu apa lagi, mestilah minuma feveret yang terpapar kat bawah ni, tengoklah dan jangan suruh aku belanja
Embun bukit

Wanita Belanda, kurang lemak
Haa buleh tahan jugak harga dia katako. Lepas tengok beberapa kali aku duk ulang-alik kedai cina tuh, maka ada lah kawan aku tegor

"bro, pegi lah kedai melayu pulak. pegi majukan perniagaan dia. suka sangat ko pegi kedai cina tu apasal? ada amoi eh?

Haaa lebih kurang cenggitu lew tegorannya. Tapi aku ni jenis yg mudah terima tegoran *aku tipu*. jadi aku smile jer lah kat dia tanpa memberi jawapan kepada soalannya yang bernada syahdu itu.

Ye betul, kita kena tolong perniagaan kaum ni. It doesnt mean that you cant buy something at all in chinese premise, it means you need to spend more your money in malaysian premise. betul ke? But the problem is kalau aku asyik pegi kedai melayu, diorang maju aku pulak yang mundur. Nak buat macam mana, kedai cina dengan membeli 5 botol embun bukit tu, aku hanya perlu bayar 10 hinggit sahajaaaaaaa. Kalau aku ke kedai melayu, maka harganya akan lebih persis ada extra titisan dalam botol air tu. Kalau air wanita belanda tu lagi lah, kurang habis sampai ke dompet. Tak nak beli, tapi benda tu keperluan. 

Tapi benda ni tak sama pulak dengan kedai makan. Kedai makan lain citer ye. Jangan pulak kata aku pegi makan roti canai kat kedai ah chong mesin basuh. Haa so harap boleh faham lah ye.