Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Selamat bercuti! Tapi bukan untuk semua, sudah semestinya hanya untuk mereka yang sedang bercuti.
Adik-adik PMR, tahniah kerana dah habis exam. Sekarang cutilah ye. Walaupun masih kena pergi sekolah, tapi kira ibarat cutilah setakat pergi sekolah main chess je.
Tak terlewat lagi aku rasa untuk ucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan diploma aku di mana cuti semakin panjang setelah onak ranjau menimpa kita.
Cuti pada dasarnya adalah sesuatu yang indah. Mana taknya, sepanjang kehidupan kita, itu jela yang kita cari. Mengikut pengetahuan aku, cuti bermaksud bebas daripada segala kerja yang ada di dunia ni. Secara mudahnya, apabila tiba masa kita tak perlu pergi ke sekolah, ke tempat kerja, maka itulah cuti bagi aku.
Tetapi malangnya, apabila kita dapat cuti yang panjang, maka mulalah keluhan terluah. Bosan, tak tahu nak buat apa antara keluhan yang terluah di bibir sang pencuti. Untuk pelajar, memang wajarlah bagi mereka untuk melontarkan keluhan itu kerana nak pegi melancong pon takde duit derrr... . Tapi kalau yang ada duit (mereka yg bekerja) time cuti dan masih taknak pegi mana-mana, tu dah masuk kes kedekut secara luarannya.
Tapi dalam entri ni aku nak sentuh pasal pelajar je niatnya. Oleh kerana keluhan yang diluahkan oleh para siswa/siswi di muka bumi ini, maka pandangan aku ialah semasa dalam proses pembelajaran, mereka bukan mencari cuti, mereka hanya ini rehat. Mereka juga menginginkan hari-hari di mana tiada assignment yang perlu dibuat, kerana mereka student sejati :P
No comments:
Post a Comment