Saja tunjuk menggedik, entri ni bukan untuk cerita cinta. Tapi mungkin sedikit tentang sains kot sebab badan manusia kan. Yang pasti, tak ada kaitan dengan Matematik sebab aku benci giler ah dengan subjek tu. Nak dikata bencinya aku dengan matematik, aku pernah dapat 12 markah je dalam exam apabila markah kertas 1 dengan kertas 2 dicampurkan. Haha *Takde kaitan dengan tajuk*
1. Berotot dan berlemak
Kebanyakannya, player atau pemain ragbi lah yang memiliki tubuh badan yg sebegini. Apabila melihat akan tubuh badan mereka, kita akan nampak mereka begitu besar dan sasa. Ini kerana walaupun badan mereka berlemak, tetapi mereka cukup kuat kerana mempunyai otot-otot yg kuat. Disebabkan itulah bentuk tubuh badan sebegini sesuai untuk para pemain ragbi. Antara bintang yang terkenal memiliki badan sebegini selain pemain ragbi ialah Salman Khan.
2. Berotot tapi tiada lemak
Mungkin bentuk tubuh badan sebeginilah menjadi idaman kebanyakan lelaki di muka bumi ini. Dan mereka juga mungkin menginginkan sedikit lemak tetapi berotot. Bentuk badan sebegini jugalah yang digelar sebagai bentuk tubuh badan yang seksi untuk lelaki. Mereka mungkin tiada lemak, tetapi otot mereka sangat 'power'. Antara bintang yang memiliki tubuh badan sebegini ialah Shahrukh Khan, Hrithik Roshan, Randy Orton dan Aaron Aziz (mungkin).
3. Berlemak tapi tiada otot
Maaf jika ada yang terasa. Tetapi kebanyakan mereka yang memiliki tubuh badan begini ialah kerana keturunan. Amat jarang saya rasa mereka memilikinya kerana kuat makan dan tak bersenam.
4. Tiada lemak dan tiada otot
Kurus cekeding. Itulah gambaran kepada mereka yang memiliki tubuh badan sebegini. Jarang untuk kita ketemu mereka yang sebegini. Mungkin ramai kita nampak lelaki yang agak kurus, tetapi itu dari luaran. Dalam baju kita tak tahu macam mana gamaknya. Mungkin boleh saya katakan mereka yang sebegini ramai diketemui di Afrika sana.
Jadi itulah golongan-golongan yang terdapat di muka bumi ini (dari pemerhatian individu). Kalau ada yang terasa saya minta maaf
Sekian =D
Alahai sopannya bahasa. haha
No comments:
Post a Comment