Friday, 11 October 2013

Jerawat Muda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Berdasarkan kajian daripada keluhan rakan-rakan yang tak pernah berhenti kerana jerawat, maka terkemukakanlah statement yang direka khas iaitu jerawat adalah antara benda yang paling di benci oleh remaja sekarang terutamanya wanita. Benda lain ialah lipas (mungkin).

Selain daripada membuatkan wajah kita nampak lain, jerawat juga memberi kesan lain seperti rasa sakit-sakit di muka kita. Tapi ada je jerawat yang baik iaitu hanya ada kat muka tapi tak rasa sakit. Anda mesti tahu akan hal ini kerana kita 'jerawat cooker' . Hehe

"Auwwwww buruknya ghupe aku!" "Arghhhh taknak taknak ada jerawat" "Macam mana nak pegi kelas ni kalau ada jeghawat" "..."

Itulah antara keluhan yang aku dengar. Korang ada keluhan lain? Feel free to share :D

Tapi manusia ni pelik sikit. Kalau ditanya umur berapa, kalau yang berumur belasan tahun laju je jawab. Kalau yang dah masuk 30 lebih, macam slow sikit nak jawab. Diorang tak sedar yang jerawat ni buat diorang nampak muda *seriously*

Haa terkejut ke? Haha. Ye jerawat sebenarnya bukan membuatkan anda nampak muda, tetapi jerawat adalah salah satu tanda yang anda masih muda. Yela! Jerawat naik pada muka mereka yang masih muda je. Sebagai bukti, nenek aku takda jerawat, mak aku pon. Ayah aku lagi lah. :P

Tapi ada je org yang dah berumur tapi masih naik jerawat, tu kena tanya ahli sains ataupun doktor jerawatlah untuk info lanjut. Aku sekadar mengarut di sini. Tak lebih daripada itu.

Sekian

No comments:

Post a Comment