Monday, 7 October 2013

Berjumpa kekasih/sahabat lama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adakah anda pernah mempunyai kekasih? Atau sahabat yang telah terpisah akibat pernah berlaku persengketan antara anda berdua? Pernahkah anda terfikir apa yang perlu anda buat seandainya secara tidak sengaja anda berjumpa dengan mereka di dalam lif, mall, kedai makan dan lain-lain?

Jadi aku lemparkan persoalan kepada anda semua, apa yang anda akan lakukan? Lari? Berpaling muka? Atau (kemukakan jawapan anda) .

Aku tak tahu lah kan jawapan korang, tapi berdasarkan penilaian aku, kita lebih cenderung kepada untuk lari daripada bekas kekasih ataupun sahabat yang kita pernah buat salah kepadanya. Alasan kita ialah taknak bersemuka ataupun terlalu malu ataupun tak sanggup nak bersemuka dengannya. Bagi pandangan aku, tindakan macam ni adalah SALAH kerana ia mampu untuk memutuskan hubungan silaturahim sedangkan Allah sangat murka akan manusia yang gemar memutuskan silaturahim.

Aku ada tiga tip supaya kita dapat bersemuka dengan mereka yang pernah kita buat salah dulu dan agar hubungan silaturahim kembali terjalin.

1. Tunjuk yang kita sudah berubah

Kalau dulu kita jahat, kita sentiasa curang, kita sentiasa buat benda tak elok. Tunjukkan kepada mereka yang kita dah tak buat benda-benda tu semua. Macam mana nak tunjuk? Takkanlah kita takde kawan langsungkan lepas kita putuskan hubungan dengan seseorang. Jadi, tunjuklah sikap kita yang dah kita ubah tu kepada kawan kita yang masih ada. Kita buktikan bahawa kawan kita sekarang ni bahagia dengan kita. Dan jika kawan kita bahagia, maksudnya mestilah kita tahu cara berkawan dan kita tak tikam belakang.

Andai kata kita ni bekas 'playboy' di mata bekas kekasih. Buktikan yang kita dah berubah. Kalau dulu kita berpapa mama dengan semua orang di laman sosial, takkan sekarang nak buat lagi? Kalau dulu kita pantang jumpa perempuan cun kat tepi jalan terus nak ngorat, sekarang takkan nak buat lagi kan? Ingat apa yang Allah kata, Dia takkan mengubah nasib seseorang seandainya seseorang itu yang tak cuba untuk mengubah dirinya sendiri. Mungkin kita tak dapat kembali dengan kekasih lama tu, tapi jangan lupa, masih ramai lagi insan di bumi ini.

2. Jangan berpaling wajah

Seandainya anda terjumpa bekas kekasih atau sahabat lama di mana-mana, janganlah berpaling muka. Sebaliknya, lemparkan senyuman kepada mereka kerana perkara ini akan menunjukkan bahawa anda telah bersedia untuk mewujudkan kembali hubungan yang telah terpisah. Kalau dia yang degil, itu masalah dia.

Kalau kita dah cuba minta maaf dan orang itu tak maafkan, itu masalah dia dengan Allah.

3. Tegur jika perlu

Seandainya anda terjumpa mereka dalam lif, dalam lif tu hanya anda berdua je ada. Apa yang akan anda lakukan? Adakah membiarkan keadaan 'awkward' itu berterusan?

Kalau anda rasa tak perlu tegur dan hanya perlu untuk mendiamkan diri, at least lemparkan senyuman. Free je dapat pahala. Dan wajah yang tersenyum akan membuatkan orang itu merasa senang dengan kita.

Kalau anda rasa perlu tegur. Tegur dengan cara baik seperti tanya khabar. Ye, kalau dengan kekasih anda, anda mungkin dah berpisah, tapi takkan tak boleh jadi sahabat kan?

Itu sahajalah yang aku rasa macam nak kongsi. Terima kasih :D

No comments:

Post a Comment