Saturday, 19 October 2013

Semut


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Berdasarkan pengetahuan individu, semut merupakan salah seekor serangga yang kecil tetapi bergantung kepada spesisnya. Semut juga merupakan seekor serangga yang err, entahlah. Jom google bersama!

Semut adalah semua serangga anggota suku Formicidaebangsa Hymenoptera. Semut memiliki lebih dari 12.000 jenis (spesies). Haa ni diaa jawapan daripada wikipedia. Wikipedia ni boleh digunakan sebagai rujukan tetapi jangan gunanya untuk buat assignment. *mcm penah je* hehe. Aku pun tak tahu suku apa tu Formicidae, bangsa apakah itu Hymenoptera, google lah sendiri untuk informasi selanjutnya sebab bukan tu yang aku fokuskan. Aku cuma nak kaitkan beberapa sifat semut dalam diri manusia. Sudah semestinya banyak buruk dan ada baiknya. 

Kita mulakan dengan yang buruk dululah memandangkan aku teramatlah tak berapa nak sukakan serangga dari bangsa Hymenoptera ni. 

Berdasarkan kajian yang aku buat dalam keadaan marah dikala makananku dirampas oleh semut, salah satu sifat buruk semut ialah suka akan benda yang manis. Mereka tak peduli apakah benda tu, asalkan manis mereka akan baham. Kencing manis lain cerita naa! Sebagai contoh, jika anda tinggalkan gula dalam keadaan terbuka, maka ia akan menjadi seperti syurga bagi serangga yang beranggotakan suku Formicidae ini. Tak boleh nak salahkan semut juga, ini dah jadi sifat semulajadinya. Allah dah ciptakannya begitu. Jom kita fikir secara positif, mungkin dengan kehadiran semut ni dapat menguji kesabaran kita, yelah, tengah lapar ni. Masak bagai nak rak tetiba keluar bilik air lepas mandi, dah punah ranah makanan tu. Untuk kaitkan dengan manusia amat senang, sebagai manusia janganlah kita mengambil hak orang lain sesuka hati kerana perbuatan itu sangat keji pada pandangan orang. *ayat pengajaran BM tu haha*. 

Semut juga merupakan salah satu serangga yang tak berapa nak bijak, sebenarnya terlalu bodoh bagi aku. Semut juga merupakan serangga yang tak penah belajar dari masa silam dan seekor serangga yang amat degil. Bukan degil bijak, tapi degil bajet power. Hey cuba tanya diri korang, dah berapa kali korang tengok semut 'berenang' dalam minuman korang. Masuk dalam minuman lepas tu mampus macam tu je, yang lain yang masih hidup tu tak penah belajar daripada kesilapan rakannya itu. Dah tahu kalau masuk dalam air tu akan membunuh, janganlah buat lagi. Aku tulis ni bukan untuk semut sbb diorg tak boleh baca, nak kaitkan dengan manusia, belajarlah dari kesilapan orang lain. Ni orang lain dah buat, kau nak buat jugak. Tak tahu sama ada benda tu salah ke betul . 

*Laptop aku tak manis, dah try jilat (tipu), tapi tetap ada semut* ontah lah den

Betapa buruknya semut, namun tetap ada kebaikannya. Hey kalau korang semua perasan, dalam ekor (diri) semut ni penuh dengan semangat bekerjasama. Semut tak pegi sekor-sekor untuk ambik makanan, mereka akan share dengan rakan-rakan. Haa baiknya semut :D *not really, maybe sbb tak larat angkat sekor-sekor kot* (negativenya). So nak kaitkan dengan manusia, perghh tulis ayat pengajaran lagi. Sebagai manusia kita haruslah bekerjasama dalam apa jua yang kita lakukan. Maybe not all. 

Sekian

Monday, 14 October 2013

My first ever assignment!

During this semester break, I'm thinking about assignments that i had done with it. Suddenly, i was thinking to share my first ever assignment. All of us need to explore about our own cell phone. And of course we need to present about this. i just feel this is kinda funny for me because this is my first time doing an assignment (normally homework) and i put every word that i want to say because in fact, i never stand in front of people to present my work. I'm not sure whether you guys wish to read this long 'talk'. haha. This assignment had been given by our Miss Mariya. *hey, sometimes we like her but sometimes we dont*

"First of all, my name is Shazlan Amirul Hasan. I prefer if you call me Amirul. Ok, no need to waste our expensive time because time is a gold right? Back to the topic. Hand-phone, I believe everyone must have a phone in their pocket, beg or maybe in their hands right now. I can’t accept the statement “I don’t have a phone”. Such a nonsense statement for me. You know, for those that don’t have a phone nowadays, they do not deserve to live in this planet because the earthlings are always looking forward for themselves. I think maybe they should stay in the planet that still using a letter as a long-range communication. The earth, maybe the only one planet that don’t have any blocks to communicate. We can say anything to others only by our fingers. Do you believe that? But we must remember that the first think that we should do before communicating is asking for the phone number. Then we can contact each other as long as your credit in your account. As I said just now, no one in the world that do not use the hand-phone. Means that I am the phone’s user too. Maybe, Blackberry is my phone right now. It is quite good for me. I’ve got it from my sister-in-law. She gave it to me because she has got a new hand-phone from her husband. Forget about it, to answer the question. How do I maximize the use of my hand-phone? The most icon that I’m using from my phone is messaging. Messaging is my favourite icon because I can keep in touch with all of my friends without encountering them. Some people say that I just wasting my time by using this application. Why they said like that? Because time is gold they said. But what do they know? They do not know that messaging and I need each other. I need to use it because I want to get some information from someone or to refuse my stress and the icon needs me because no one will use it unless me. Otherwise, who else is going to use it? No one dare to touch my phone without my permission. Who are you to touch my ‘second wife’? You should know the rules of life. It’s quite cruel but justice."

What i want to say actually if we've been ordered to make a presentation, we dont need to put every single word that we want to say, even worse if you read at the slide. :D

Friday, 11 October 2013

Jerawat Muda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Berdasarkan kajian daripada keluhan rakan-rakan yang tak pernah berhenti kerana jerawat, maka terkemukakanlah statement yang direka khas iaitu jerawat adalah antara benda yang paling di benci oleh remaja sekarang terutamanya wanita. Benda lain ialah lipas (mungkin).

Selain daripada membuatkan wajah kita nampak lain, jerawat juga memberi kesan lain seperti rasa sakit-sakit di muka kita. Tapi ada je jerawat yang baik iaitu hanya ada kat muka tapi tak rasa sakit. Anda mesti tahu akan hal ini kerana kita 'jerawat cooker' . Hehe

"Auwwwww buruknya ghupe aku!" "Arghhhh taknak taknak ada jerawat" "Macam mana nak pegi kelas ni kalau ada jeghawat" "..."

Itulah antara keluhan yang aku dengar. Korang ada keluhan lain? Feel free to share :D

Tapi manusia ni pelik sikit. Kalau ditanya umur berapa, kalau yang berumur belasan tahun laju je jawab. Kalau yang dah masuk 30 lebih, macam slow sikit nak jawab. Diorang tak sedar yang jerawat ni buat diorang nampak muda *seriously*

Haa terkejut ke? Haha. Ye jerawat sebenarnya bukan membuatkan anda nampak muda, tetapi jerawat adalah salah satu tanda yang anda masih muda. Yela! Jerawat naik pada muka mereka yang masih muda je. Sebagai bukti, nenek aku takda jerawat, mak aku pon. Ayah aku lagi lah. :P

Tapi ada je org yang dah berumur tapi masih naik jerawat, tu kena tanya ahli sains ataupun doktor jerawatlah untuk info lanjut. Aku sekadar mengarut di sini. Tak lebih daripada itu.

Sekian

Ragam si peminta sedekah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru ni (sebenarnya tahun lepas) aku dan abang aku niatnya nak berborong di Wakaf Che Yeh. Dah sampai sana tiba-tiba bro aku ni lapar. Lapar yang amatlah katanya sampai tak boleh nak 'okkkk' (tahan). Jadi dah lapar kitorang pon pergilah cari kedai makan yang berdekatan. *tak tweet perut lapar oke*.

Setelah 2 3 minit mencari. Jumpalah sebuah kedai ni yang penuh dengan makanan *dah nama kedai makan*. Jadi kami mulalah langkah pertama dengan duduk di atas kerusi *hehe* dan order makanan.

Aku dah makan. Tapi dia nak bayar, so aku orderlah ABC dengan roti canai kalau tak silap. ABC walaupun pukul 11 malam. Sambil menunggu hidangan kami sampai, datanglah seorang lelaki yang menghulurkan tangan untuk meraih simpati nak duit.


"Sedara, ado siya dok?" (Sedara, ada seringgit tak?)

"Tadok tadok". 

Dan peminta sedekah tu pon terus pergi mendengar akan jawapan bro aku tu. Aku pon terfikir dalam hati (selalu org terfikir kat minda), mcm kejam je tindakan abang aku tu. Yela, dia mintak seringgit je. Bagi je la kan. Lepas aku tanya dia kenapa tak bagi. Then dia jawab,

"Bukan tak nak bagi, tapi try tengok kat dia. Badan sihat, cergas. Kenapa tak pegi mintak keja? Kenapa nak mintak sedekah? Malas nak keja? So nasib lah. Kalau lah dia tu ada cacat kat mana-mana yang menjadi sebab untuk dia tak boleh kerja, boleh lah nak bagi. Ni sihat kemain lagi, nak mintak sedekah je. Senang buat duit. Siap ada rokok lagi kat tangan".

Listening to the explanation, sekarang mata aku dah terbukak luas. Betul jugak, ye memang kita tak tahu apa cerita di sebalik peminta sedekah. Tapi kalau mereka perlukan duit dalam keadaan yang sihat macam tu, pergi lah keja. Takde orang nak ambik keja? So kau fikir senang-senang je nak mintak sedekah kat orang? Weh at least pegi potong kaki dulu pastu baru datang mintak sedekah. 

Then time ni aku kat Cheras dengan bro aku jugak. Kat kedai mamak lah. Datang seorang lelaki tua yang buta. Turut datang mintak sedekah sambil 'diescort' oleh seorang lelaki sihat. Bro ni pon taknak bagi jugak. Alasannya ye memang kesian tengok lelaki buta tu. Tapi persoalannya siapa lelaki muda yang sihat yang escort dia tu? Adakah anaknya? Kalau anak, takkan anak tak keja? Kalau keja, takkan tak boleh bagi duit kat ayah? Dan kalau bukan anak, belum tentu lagi duit sedekah kita tu dapat kepada si buta, mungkin si sihat tu akan rembat duit tu. 

So entri aku saja nak share pengalaman datangnya si peminta sedekah yang sihat. :D

Andai kata kita bagi duit tu dan kita kena tipu. Kita akan dapat dua jenis pahala. Satunya niat kita ikhlas nak bagi sedekah, satu lagi pahala sebab kita kena tipu. 

Sekain :D

Thursday, 10 October 2013

GOOGLE!

The homepage of Google. *everyone already knew about this* :P

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Hey guys what's up?

Having a nice day? I hope so. When someone is happy, that person will smile. And everyone around him will smile as well. The World would be nice if everyone is smiling. *Seriously I said* :D

So google! GOOGLE! The most famous search engine on Earth. *I dont know about mars*. The search engine that consist 6 colours might be the most visited page among earthlings i guess.

Google is a very nice and helpful search engine. Easy to say with google everything could happen. I mean if you're only looking for something. if you ask google to cook for you it will never happen. I'm pretty sure for that!

With google you can even search for yourself. If you dont believe me, just type the name of your facebook and then google will find you in only 2 seconds *depending on the internet connection, indeed*

Well, if you ask me whether google is a boy or girl. Everyone could answer this question with their own opinion but for me google is a girl because it will suggest you everything before you finish typing what you really want :D *this is not funny, girls might punch me on face*

So that's all from me. I think i already have 3 entries only for today. I dont know what happen to me today. Maybe I should google it too :P

Thanks

Wednesday, 9 October 2013

Happy Birthday on FaceBook

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

When is your birthday? Today? yesterday? Tomorrow? The day after tomorrow? Dont worry lads, Facebook kindly will inform when is your birthday to your friends (on Facebook). It looks nice actually, yeah to be wished something good. Everyone wishes so! but hey, we might forget one thing.

jeng jeng jeng! jeng

when facebook tells me to wish birthday to my friends which is I dont remember it without facebook (such a bad friend), this is my imagination towards my friends. hehe

Yeah of course, it's your right to wish or to get wished by others. when i ask my friends

"Do we really need to wish 'hb' to our friends on facebook if we dont remember the date in real World?"

"YESSSS so that they know that we are always remember them"

That is the answer i got. Huhu.

Fine! But once I tried to say 'hb' to my friends on facebook, i feel like "Am i hypocrite or what?"

It is because i dont remember your birthday in real World but then i just wished it to you because facebook asked me to do so. Ask yourself, do you really happy as a birthday boy/girl if your friends wished "hb" to you because of only facebook?

I dont think you would happy. :D

Istilah bercuti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selamat bercuti! Tapi bukan untuk semua, sudah semestinya hanya untuk mereka yang sedang bercuti.

Adik-adik PMR, tahniah kerana dah habis exam. Sekarang cutilah ye. Walaupun masih kena pergi sekolah, tapi kira ibarat cutilah setakat pergi sekolah main chess je.

Tak terlewat lagi aku rasa untuk ucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan diploma aku di mana cuti semakin panjang setelah onak ranjau menimpa kita.

Cuti pada dasarnya adalah sesuatu yang indah. Mana taknya, sepanjang kehidupan kita, itu jela yang kita cari. Mengikut pengetahuan aku, cuti bermaksud bebas daripada segala kerja yang ada di dunia ni. Secara mudahnya, apabila tiba masa kita tak perlu pergi ke sekolah, ke tempat kerja, maka itulah cuti bagi aku.

Tetapi malangnya, apabila kita dapat cuti yang panjang, maka mulalah keluhan terluah. Bosan, tak tahu nak buat apa antara keluhan yang terluah di bibir sang pencuti. Untuk pelajar, memang wajarlah bagi mereka untuk melontarkan keluhan itu kerana nak pegi melancong pon takde duit derrr... . Tapi kalau yang ada duit (mereka yg bekerja) time cuti dan masih taknak pegi mana-mana, tu dah masuk kes kedekut secara luarannya.

Tapi dalam entri ni aku nak sentuh pasal pelajar je niatnya. Oleh kerana keluhan yang diluahkan oleh para siswa/siswi di muka bumi ini, maka pandangan aku ialah semasa dalam proses pembelajaran, mereka bukan mencari cuti, mereka hanya ini rehat. Mereka juga menginginkan hari-hari di mana tiada assignment yang perlu dibuat, kerana mereka student sejati :P

Monday, 7 October 2013

Berjumpa kekasih/sahabat lama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adakah anda pernah mempunyai kekasih? Atau sahabat yang telah terpisah akibat pernah berlaku persengketan antara anda berdua? Pernahkah anda terfikir apa yang perlu anda buat seandainya secara tidak sengaja anda berjumpa dengan mereka di dalam lif, mall, kedai makan dan lain-lain?

Jadi aku lemparkan persoalan kepada anda semua, apa yang anda akan lakukan? Lari? Berpaling muka? Atau (kemukakan jawapan anda) .

Aku tak tahu lah kan jawapan korang, tapi berdasarkan penilaian aku, kita lebih cenderung kepada untuk lari daripada bekas kekasih ataupun sahabat yang kita pernah buat salah kepadanya. Alasan kita ialah taknak bersemuka ataupun terlalu malu ataupun tak sanggup nak bersemuka dengannya. Bagi pandangan aku, tindakan macam ni adalah SALAH kerana ia mampu untuk memutuskan hubungan silaturahim sedangkan Allah sangat murka akan manusia yang gemar memutuskan silaturahim.

Aku ada tiga tip supaya kita dapat bersemuka dengan mereka yang pernah kita buat salah dulu dan agar hubungan silaturahim kembali terjalin.

1. Tunjuk yang kita sudah berubah

Kalau dulu kita jahat, kita sentiasa curang, kita sentiasa buat benda tak elok. Tunjukkan kepada mereka yang kita dah tak buat benda-benda tu semua. Macam mana nak tunjuk? Takkanlah kita takde kawan langsungkan lepas kita putuskan hubungan dengan seseorang. Jadi, tunjuklah sikap kita yang dah kita ubah tu kepada kawan kita yang masih ada. Kita buktikan bahawa kawan kita sekarang ni bahagia dengan kita. Dan jika kawan kita bahagia, maksudnya mestilah kita tahu cara berkawan dan kita tak tikam belakang.

Andai kata kita ni bekas 'playboy' di mata bekas kekasih. Buktikan yang kita dah berubah. Kalau dulu kita berpapa mama dengan semua orang di laman sosial, takkan sekarang nak buat lagi? Kalau dulu kita pantang jumpa perempuan cun kat tepi jalan terus nak ngorat, sekarang takkan nak buat lagi kan? Ingat apa yang Allah kata, Dia takkan mengubah nasib seseorang seandainya seseorang itu yang tak cuba untuk mengubah dirinya sendiri. Mungkin kita tak dapat kembali dengan kekasih lama tu, tapi jangan lupa, masih ramai lagi insan di bumi ini.

2. Jangan berpaling wajah

Seandainya anda terjumpa bekas kekasih atau sahabat lama di mana-mana, janganlah berpaling muka. Sebaliknya, lemparkan senyuman kepada mereka kerana perkara ini akan menunjukkan bahawa anda telah bersedia untuk mewujudkan kembali hubungan yang telah terpisah. Kalau dia yang degil, itu masalah dia.

Kalau kita dah cuba minta maaf dan orang itu tak maafkan, itu masalah dia dengan Allah.

3. Tegur jika perlu

Seandainya anda terjumpa mereka dalam lif, dalam lif tu hanya anda berdua je ada. Apa yang akan anda lakukan? Adakah membiarkan keadaan 'awkward' itu berterusan?

Kalau anda rasa tak perlu tegur dan hanya perlu untuk mendiamkan diri, at least lemparkan senyuman. Free je dapat pahala. Dan wajah yang tersenyum akan membuatkan orang itu merasa senang dengan kita.

Kalau anda rasa perlu tegur. Tegur dengan cara baik seperti tanya khabar. Ye, kalau dengan kekasih anda, anda mungkin dah berpisah, tapi takkan tak boleh jadi sahabat kan?

Itu sahajalah yang aku rasa macam nak kongsi. Terima kasih :D

Tuesday, 1 October 2013

:D XD :) = if you know what I mean

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hehehe. hihihi. hewhew. hahaha. waaaaaa~ uiiyaaaa! yuhuuuuu! yahoooo! google (tiba2)

Inilah antara sorakan yang aku dengar tadi yang dilaungkan oleh student diploma in english UPSI semester 3 setelah mereka berjaya mengharungi panah petir puting beliung yang menyerang di semester ini. Aku tak terlepas melontar sorakan. Tiada pasukan, tiada lawan. Hanya sorakan untuk kepuasan diri. Semuanya sama. Dikala pelajar dari program lain yang masih terpaksa menyedia senjata untuk berperang, kami dah selesai. :D

Sedikit moment yang aku sempat capture. Antara golongan lelaki yang dari program yang sama dan roomates :)





Another semester goes by ... :D Sekian