![]() |
| *Ihsan google* *Gambar sekadar perhiasan* |
Assalamualaikum.
Pernah pegi masjid? Melampau soalan pon. Haha. Masa kecik-kecik dulu selalu la jugak pegi masjid. Apa pengalaman yg tak boleh dilupakan time di masjid masa kecik? Okay ni nak buat cerita rekaan, time aku berumur lebih kurang 10, 11 atau 12 tahun, sering kali dihalang atau dipaksa supaya aku solat di saf yg bukan saf pertama walaupun aku sampai lebih awal daripada mereka yang mengarah itu. Alasannya ialah, "Budak tak berkhatan lagi takleh solat di saf yg pertama"
*Masuk bab formal sikit*
Mentalilti orang zaman dulu, budak-budak lelaki yang masih belum berkhatan dilarang untuk solat di saf yang pertama tanpa alasan yang munasabah. Tiada alasan yang lain selain daripada alasan tak berkhatan. Kena ubah ni cara pemikiran macam ni. Agak terlalu malang jika budak-budak itu sampai di masjid lebih awal daripada kita yang hanya tahu menyuruh mereka untuk solat dibelakang. Gambarannya senang, kalau dalam kelas, cikgu kita bukak something yg memerlukan pendengaran yg jelas. Utk dengar dgn jelas kita mesti perlu ke hadapan dan tanpa rasa bersalah kita suruh orang yg sedia ada di depan itu untuk ke belakang semata-mata untuk kita yang takda apa-apa yg istimewa langsung. Agak kurang ajar dan rasa hormat kpd orang lain.
Macam ni sebenarnya, BUDAK BUDAK LAKI BOLEH SOLAT DI SAF YANG PERTAMA! Noted this! Budak umur 9 10 11 12 atau lebih sikit tu boleh solat di saf yang pertama walaupun mereka belum berkhatan. Budak budak yang dilarang solat di saf yang pertama tu sebenarnya bukan mereka yg belum berkhatan tetapi mereka yg masih tak boleh nak kawal apa yang mereka rasa seperti kalau mereka rasa nak buang air kecil, maka mereka akan buang dimana sahaja mereka berada. Atau dengan erti kata lain mereka ni ialah kanak-kanak yang masih tak boleh nak berfikir dgn elok, bukannya budak-budak yang telahpun bersekolah dan tahu untuk pergi ke tandas apabila mereka ada hajat.
Jadi kalau nampak budak laki yang nak solat di saf yang pertama, jangan suruh dia ke belakang kalau dia lebih awal mendapatkan tempat itu dari kita. Kalau macam gambar kat atas tu, memang layak lah solat di saf belakang, sapa suruh tengok fear factor time orang tengah azan :D
Wallahu'alam

No comments:
Post a Comment