Saturday, 28 September 2013

Student di hujung semester (hiraukan final exam)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adakah anda seorang student universiti? penghuni asrama? Atau dengan kata lain anda tak tinggal bersama ibu bapa anda? (dgn syarat anda seorang student)

Kalau ye, yeah anda mungkin termasuk dlm golongan ini.

Ramai orang duk cerita, student pada awal semester. Hidup diorang mewah. Mewah kawkaw lah, makan tak ingat ada pinggan. Main melantak ja. Memang tak boleh nak dinafikan. Makan, sapa tak suka? Go and consult a doctor if you don't because there is might be something wrong with your body system. And it might be dangerous to your life too. :D

Tapi masalah yang wujud ialah jarang sangat student yang boleh jimat cermat, selalu fikir pasal ekonomi. Pegi kedai "nasi bujang air kosong". Jarang atau takde langsung kot . Tapi kalau ada golongan mcm ni, they deserve to be respected lah sebab kau boleh buat? Aku memang tak lah! *jujur baq hang*

Sekarang aku dah dekat final exam, sebenarnya terlalu dekat. Dengan kata lain, esok dah final exam. huks. Tapi kat sini aku taknak cakap lah pasal final exam sebab tak kira lah mu ada duit ke takde ke mu tetap kena masuk exam. *kalau tak bayar yuran tu lain cerita* kat sini aku nak cakap pasal kehidupan student di hujung semester.

Macam aku cakap kat atas tuh, hidup diorang ni berubah. Awal-awal hidup mewah sebab yelah, duit parents bagi, ptptn bagi. Tapi dah lama2 tuh, haa mulalah nak habis duit tuh. Nak mintak kat parents boleh, tapi kalau dah tiap2 minggu mintak ateee sogan jugok lah teman. Atee kome dak sogan? hehe.

Aku ada satu cerita lah tentang kawan aku ni, dia ni hidup mewah di awal sem. 5 hari sebelum habis semester, duit dia tinggal 32 hinggit jak. Nasib baik dah beli tiket untuk balik kampung. Ni kali pertama dalam hidupnya terjadi mcm ni bak katanya lah. Cuba bayangkan, can we survive if we have only around RM30 in 5 days? Dengan harga makanan sekarang ni bukan main lagi. Boleh kah? Jadi aku bukan nak suruh korang semua bagi bantuan kat mamat tu dengan masukkan duit dlm akaun aku, tapi aku nak bagitau dalam keadaan darurat macam ni, haa barulah kita pandai buat rancangan kehidupan.

Jelaslah, dia boleh hidup dengan aman dengan hanya 30 hinggit dalam masa 5 hari. 30 hinggit tu termasuk duit minyak moto duit makan minum. Futsal je dia tak main. Tapi dengan rancangannya yang mantap, sihat je budak tu. Kalau korang dapat teka, apa yang aku nak tonjolkan ialah untuk seseorang student tu berjimat, mereka kena pretend yang mereka selalu takde duit. Memang susah nak pretend macam tu tapi boleh je kalau nak buat kalau ada keinginan. Bila dah takde duit, barulah kita dapat fikir tentang "kehidupan yang sebenar". Kalau tak, duit tu memang duit je lah bagi kita :)

p/s: kalau ada terjumpa syiling dan takde orang tutup, ambiklah. Anda takkan menyesal :D


No comments:

Post a Comment